pwencez aen a.k.a nurulain hj ahmad Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers pwencez aen

Selasa, 10 Ogos 2010

28.07.2010 ♥ ayahanda tersayang pegi menyahut seruan ILLAHI...

Smoga roh ayahanda Hj Ahmad Bin Lamat dicucuri rahmat, ditmptkan bersama-sama org yg beriman, beramal soleh & ahli2 syurga....al-fatihah

Ya Allah Ya Tuhan ku kuatkanla semangatku dan teguhkanlah imanku untuk sentiasa mengingati mu Ya ALLAH...

♥ Orang yang amat ku sayangi telah pergi menyahut seruan illahi dan meninggalkan kami wat selama2nya...Ayah telah disahkan pengsan oleh pihak hotel pada awal pagi. Dalam perjalanan ke hospital ayah disahkan masih lagi bernyawa dan jantung nya masih berjalan spt biasa.. sampai ke hospital, doktor tlh mengesahkan ayah meninggal dunia pada pukul 3.30 pagi dan menelefon keMiri bertanyakan apakah penyakit yg ayah hidapi selama ini... jwpn yg ibuku beri bahawa ayah ada penyakit heart attack. Ibuku lemah longlai ketika mendapat jawapan dari pihak doktor ayahku th mninggal dunia.. Ketika itu, aku masih tidak tahu perkara sebenarnya & terpinga2 apakah yg berlaku keatas ayahku.. sampai lah aku terdengar perbualan abgku yg mengatakan "bagaimana nak bawa jenazah ke sini" aku pun terus bertanyakan kak ipar tp dya juga tdk tahu sptku... aku naik keatas umah dan bertanya abg affy apa yg belaku kat ayah... pada mulanya abg ku tidak mahu memberitahu perkara sebenar... abg hnya memberitahu ayah pengsan dah masih koma... tpi aku tidak puas atie dngn jwpn yg diberikan dn brtanyakan lagi AYAH MASIH HIDUPKA?????..... setelah aku memaksa berulang kali barulah abg ku memberitahu perkara sebenar...
YA ALLAH aku terus rebah diatas lantai.. aku menjerit sekuat hati... tidak kusangka org yg amat aku sayangi akan pergi secepat ini.. tanpa ada pesanan dari ayah, ayah meninggalkan kami... :"( saat itu aku rasa dunia aku dah gelap aku xtau nak mengadu kat siapa masa tu.. aku terasa saat itu aku keseorangan.. aku terus berlari kerumah nenek..tanpa perasaan takut atau apapun aku lari tanpa memakai selipar.. walaupun hari masih gelap perasaan takut hilang bila mengetahui ayah mnninggl dunia.. sampai dirumah nenek, aku mengetuk pintu & memeluk pak jek dn memberitahu ayah dah xde.. ayah dah xde.... aku terus-terusan menangis tanpa peduli sesiapa pun...aku memeluk usu yg aku sayang. tyme tu usu xpecaya ayah dah pegi dn memberitahu bahwa ayah hanya pengsan dihospital tpi aku dalam keadaan menangis memberitahu ayah dah pegi buat selama-lamanya..aku dah xde ayah.. aku meraung sekuat2 hatiku... nenek terdenga aku menangis dn bertanya apa yg tejadi kepadaku..usu memberitahu bahawa ayah demam dn ade dihospital...saat itu nenek masih tdak mengetahui perkara sebenar... kami langsung tdk memberitahu perkara sebenar kerana takut nenek pengsan jika mengetahuinya...alhamdulillah dalam pukul 10 bapa angah ku secara perlahan2 memberitahu ayah ku telah pegi buat selama2nya.. nenek ku sebnarnya dpt merasa apa yg terjd..biasanya seorang ibu akan merasa jika sesuatu berlaku kat anaknya... setelah mengetahui nenek menasihatkan ku supaya jangan menangis kerana tidk mahu ayah tersekesa meliat anak2 nya meratap kesedihan..org yg sentiasa berada disisiku saat itu adalah usu, kak ayah & buknor..
~~ bang affy & kak ipah pegi ke kl unt mengambil jenazah ayah kerana ayah meninggal di hospital kl...nasb menyebelahi abg & kak ipar ku kerana ada seat kosong unt mereka berdua. Setelah smpai di klia, NEKMAT telh menunggu mereka unt membawa ke hospital.. smpai dihospital, doktor memberitahu untuk bedah siasat keatas ayah, tetapi kerana mengikut nasihat ibuku yg tdk mahu ayah dibedah kerana akan melambatkan untuk dikebumikan... akhernya polis & doktor akur dngn kehendak abgku dn membenarkan jenazah ayah dibawa balek kemiri... Syukur alhamdulillah kerna pilot membenarkan abg & kak ipar ku unt duduk di belakang pilot bukn ditmpt biasa... kerana bantuan merekalah abg ku dpt pulang bersama2 jenazah ayah... kalau kwn abgku tdk membntu, abgku n kak ipar tpksa bermalam di kl unt mencari seat kosong... setelah sampai jenazah ayah diairport miri ramai yg menunggu jenazah ayah... YB ROSY dn ramai lagi yg menunggu jenazah ayah..
~~@home,aku xsangka begitu ramai yg menunggu jenazah ayah sampai dimiri pd hari rabu 11.30 malam.. aku terharu dengan kehadiran semua rakan2 ayahku dan org kampung yg sanggup tunggu berjam2 smpai la abes ayah dimandikan di masjid Nur Hijrah dalam pukul 1.30 tngh malam... aku sebenarnya ingin melihat ayah ku dimandikan tetapi aku memikirkan ibuku, betul jga sangkaanku ibuku pengsan ketika van jenazah smpai di depan rumah.. ibuku lemah longlai, aku, uda n kak eydah mengangkat ibuku dn memberi kata2 semangat supaya ibuku melawan rasa sedih... setelah ayah dimandikn dn di bwa kerumah, aku membacakan yassin untuk arwah ayah supaya tenang disana... setiap saat, setiap minit aku menangis aku tdk mampu menahan rasa sedih yg teramat sngt... bila aku melihat keluar ramai yg dah pulang kerumah masing2.. aku mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada sesiapa yg datang ketika jenazah ayah sampai dimiri..mudahan ALLAH membalas jasa baek kalian suma...
~~khamis, 29.07.2010 : pada pukul 9 pgi selepas disembahyangkan, ayah di semadikan ditanah perkuburan sungai baong berdekatan kubur arwah atuk.. sebenarnya kubur yg dipilih pak daud untuk digali adalah tanah dimana ayah penah mengatakan yg ayah mahu tempat ini adlah kuburnya...alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar jenazah ayah selamat dikebumikan...saat itu ibu ku masih lagi longlai...aku memapah ibuku pulang dn dalam hati tetap membacakan al-fatihah unt ayahku...


ayah, anak2mu dn isterimu amat merindui mu..smoga ayah mendoakan kami adeq beradeq tabah mengharungi hidup ini ayah... gelak tawamu masih segar dalam ingatan... ayah ampunkan dosa anak2 mu jika penah mengguris hati ayah... ampuni ayah....tiada siapa yg dpt mengganti ayah dalam hidup kami.. ayah adalah segala2nya untuk kami..KAMI BANGGA MENJADI ANAK AYAH....... terima kasih kerana menjga, membesarkan kami dan menyekolahkan kmi... jasamu kami kenang buat selamanya ayah... cinta dn kasih syg kami kpd ayah tetap utuh hingga ke akher hayat...


:"(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan